Azmin dan Geng Kartelnya Sibuk Bergaduh Dalam PKR, PH Tersungkur di Tanjung Piai
Azmin dan Geng Kartelnya Sibuk Bergaduh Dalam PKR, PH Tersungkur di Tanjung Piai
AZMIN DAN GENG KARTELNYA SIBUK BERGADUH DALAM PKR, PH TERSUNGKUR DI TANJUNG PIAI
Kekalahan PH di Tanjung Piai amat mengejutkan. Bukan kerana kekalahan itu, tetapi kerana margin majoriti kekalahan PH.
Pernahkan ada parti yang sedang memerintah tersungkur begitu teruk dalam PRK dengan margin lebih 10ribu undi?
Tak pernah kan? Logik pun tak dapat terima. Sekadar 1ribu, 2ribu dan 3ribu majoriti tu lumrah. Tapi bukan 10ribu, apatah lagi 15ribu.
Di manakah jentera pilihanraya? Di mana projek rakyat? Di mana Wawasan Kemakmuran Bersama?
Ternyata itu semua tiada makna kepada rakyat Tanjung Piai. Cakaplah apa saja. Gunalah apa jua alasan. Majoriti besar itu harusnya dijadikan PH sebagai referendum rakyat menolak Kerajaan PH.
Apa tidaknya? Sedang PH bertempur hebat di Tanjung Piai, Azmin dan Kartelnya seperti Zuraidah, Hanizah dan Baru Bian sibuk bertengkar, bertelagah menentang Presidennya dalam PKR.
Macamana nak menang melawan musuh, kalau dalam rumah sendiri tunggang langgang bercakaran sesama sendiri. Sifat mereka yang tidak menghormati perlembagaan parti ibarat duri dalam daging, musuh dalam selimut. Keceluparan mulut mereka pula tak ubah seperti ayam jantan dan ayam betina yang berkokok ke sana ke sini tapi ekor mereka bergelumang dengan tahi.
Ini belum diambil kira soal keceluparan beberapa pemimpin PPBM yang menampakkan pertelagahan dengan DAP. Begitu juga keceluparan pemimpin DAP terutama pemimpin India mutakhir ini yang mencabar kesabaran orang Melayu dan keharmonian kaum dan agama seolah-olah mereka ini seperti kadok naik junjung.
Apa pun PH tidak boleh mengambil mudah kekalahan ini terutama majoriti yang terlalu besar, 25% dari jumlah pengundi.
TunM juga harus bertanya apakah majoriti besar ini merupakan referendum terhadap kepimpinannya? Seperti yang disuarakan oleh politikus veteran Syed Husin Ali, TunM tidak boleh berdolak dalik dalam soal peralihan kuasa.
TunM dan Majlis Presiden PH harus bertindak segera memperbaiki prestasi PH terutama dari sudut peralihan kuasa, keutuhan parti-parti komponen PH, komunikasi strategik supaya naratif, usaha dan inisiatif kerajaan benar-benar sampai ke rakyat bawahan, dan menguruskan keceluparan mulut-mulut tertentu supaya rakyat dapat merasa PH sebenarnya bersatu dalam misi dan tindakan untuk membantu rakyat.
TunM sebagai pemimpin PH dan Perdana Menteri harus menerima dan bertanggungjawab atas kekalahan yang memalukan ini. Apakah kekalahan teruk ini tanda aras kegagalan TunM sebagai ketua kerajaan dan Pemimpin PH? Apakah kekalahan dengan margin yang besar ini menunjukkan ketidak-upayaan TunM mengukuhkan komponen-komponen parti dan menguruskan mulut-mulut celupar dalam PH sehingga gagal meraih sokongan dan keyakinan rakyat walaupun TunM sendiri turun padang di saat akhir di Tanjong Piai.
Selagi apa yang dinyatakan di atas tidak diurus dan diselesaikan sekarang untuk 3 tahun mendatang, maka PH harus bersedia untuk tersungkur lebih teruk lagi bila 2023 tiba.
5ALMAIDAH8
16 November 2019