Kadar Pengangguran Dalam Siswazah Kekal | Malaysia News

Kadar Pengangguran Dalam Siswazah Kekal

Kadar Pengangguran Dalam Siswazah Kekal

Bilangan siswazah yang bekerja meningkat 6.9% pada 2019 kepada 4.25 juta orang.

Hampir 90% daripada siswazah berada dalam tenaga buruh dengan kadar 83.5 peratus (4.4 juta orang).

Walaupun majoriti siswazah adalah perempuan, kadar penyertaan tenaga buruh siswazah perempuan adalah lebih rendah (79.8%) berbanding lelaki yang merekodkan kadar 87.7 peratus, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Dari segi guna tenaga, siswazah bekerja meningkat 6.9 peratus mencatatkan 4.25 juta orang pada 2019.

Daripada jumlah siswazah yang bekerja, lelaki meliputi 49.8 peratus (2,114.100 orang) sementara perempuan merangkumi 50.2 peratus (2,132,600 orang).

Melihat kepada kebolehpasaran siswazah mengikut sijil tertinggi yang diperoleh, didapati siswazah bekerja berkelulusan ijazah mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi iaitu 8.5% berbanding siswazah berkelulusan diploma dengan 4.9%.

Dalam masa yang sama, peratus sumbangan akan melanjutkan pelajaran adalah 1.0 peratus (8.6 ribu orang) dan hilang upaya pada 1.4 peratus (12.4 ribu orang).

Dari aspek tahap kemahiran, kebanyakan siswazah bekerja dalam kategori mahir, iaitu sebanyak 73.3 peratus (3.11 juta orang), bersesuaian dengan kelayakan mereka sebagai siswazah.

Sementara itu, siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir mewakili 25.6 peratus atau 1.09 juta orang pada tahun 2019.

Dari aspek tahap kemahiran, kebanyakan siswazah bekerja dalam kategori mahir, iaitu sebanyak 73.3 peratus (3.11 juta orang), bersesuaian dengan kelayakan mereka sebagai siswazah.

Manakala siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir mewakili 25.6 peratus atau 1.09 juta orang pada tahun 2019.

Dari segi aktiviti ekonomi, 79.6 peratus siswazah tertumpu di sektor perkhidmatan merekodkan 3.38 juta orang.

Ini diikuti oleh pembuatan (538,600 orang), pembinaan (226,100 orang), Pertanian (57,600 orang) dan perlombongan & pengkuarian (43, 200 orang).

”Kadar pengangguran siswazah pada 2019 kekal 3.9% dengan 170,300 penganggur siswazah manakala yang aktif mencari pekerjaan merangkumi 74.8% (127,400 orang),” kata Mohd Uzir.

Dari jumlah ini, lebih daripada 80% peratus menganggur bagi tempoh kurang daripada enam bulan manakala hanya 8.1% menganggur bagi tempoh 12 bulan dan lebih.

Sementara itu, siswazah luar tenaga buruh meningkat 7.6 peratus kepada 869,800 orang, merangkumi 16.5 peratus daripada keseluruhan siswazah.

Sumbangan peratusan terbesar luar tenaga buruh iaitu sebanyak 36.8% disebabkan kerja rumah/ tanggungjawab keluarga (319,900 orang).

Mereka ini dilihat sebagai kumpulan yang berpotensi untuk menyertai pasaran buruh.

Di samping itu, mereka yang bersara/ lanjut usia meliputi 30.0 peratus (260,700 orang) diikuti dengan masih belajar/ program latihan iaitu 27.6 peratus (239,900 orang).

Sementara itu, Survei Gaji & Upah 2019 yang dilaksanakan mendapati bahawa penengah gaji & upah bulanan siswazah dengan pekerjaan utama sepenuh masa adalah RM4,371 (2018: RM3,936).

Siswazah bekerja dalam kategori mahir menerima RM5,175 manakala kategori separuh mahir menerima RM2,300.

Merumuskan berkenaan penemuan statistik siswazah, beliau menambah, kadar kekosongan jawatan kategori mahir di pertubuhan formal sektor swasta pada 2019 adalah 2.3% dengan 48,300 kekosongan jawatan.

Ini jauh lebih rendah berbanding bilangan keluaran siswazah setahun iaitu dalam lingkungan 300,000 orang.

Sehubungan itu, antara laluan alternatif bagi menyokong kemasukan siswazah baharu ke dalam pasaran buruh dapat diterokai melalui bidang keusahawanan dengan memanfaatkan revolusi platform digital.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply