Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Pemberian Mykad
Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Pemberian Mykad
Kuala Lumpur, MTN – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi menegaskan perlunya kerajaan baharu bawah Perikatan Nasional (PN) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pemberian kewarganegaraan, iaitu MyKad kepada golongan yang meragukan.
Ketuanya, Datuk Dr, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebelum ini ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, Pemuda UMNO ada membuat desakan itu, tetapi tidak mendapat jawapan sehingga kerajaan itu itu pada 24 Februari lalu.
Beliau berkata, dengan adanya RCI, dapat melakukan siasatan berkaitan isu kelonggaran prosedur dalam pemberian taraf kewarganegaraan yang diragukan.
“Pada 12 September 2019, Pemuda UMNO Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan tegas mendesak kerajaan PH waktu itu untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat isu-isu berkaitan kelonggaran prosedur dan pelbagai dakwaan penyelewengan terhadap kes pemberian MyKad yang diragukan.
“Dengan pembentukan kerajaan baharu atas nama PN kini, sekali lagi Pemuda UMNO Malaysia ingin tegaskan keperluan menubuhkan RCI ini bagi menjernihkan segala polemik yang terus menular dalam masyarakat berkenaan dengan pemberian kewarganegaran secara sewenang-wenangnya,” katanya yang dipetik kenyataan dalam akaun Facebooknya.
Isu penjualan Mykad secara haram hangat diperkatakan kebelakangan ini berikutan ada kes individu pemegang MyKad warganegara, tetapi tidak tahu berbahasa Kebangsaan.
Sejak itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyediakan petisyen mengumpul sokongan dan tandatangan orang ramai yang bersetuju agar kerajaan menukar MyKad sedia ada kepada yang baharu.
Ini bagi memastikan kerajaan dapat melakukan pembersihan “warga negara” dan mengheret ke muka pengadilan mereka yang terlibat dalam sindiket penjualan MyKad secara haram.
Mengulas lanjut, Dr. Asyraf Wajdi berkata, kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi negara dan tidak wajar diberikan secara sewenang-wenang, melainkan kepada mereka yang benar-benar layak di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. [mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri