Pengalaman Menarik Bersama DSAI

Pengalaman Menarik Bersama DSAI
Kuala Lumpur, MTN – Anwar Ibrahim sebenarnya aku mula kenal dia pada Disember 1974 tika terjadi tunjuk perasaan depan masjid Arrahman kg.kerinchi. Ketika itu aku baru tamat belajar tahfiz al-Quran di Masjid Negara.
Sempat saksi para pelajar berhimpun di depan UM bantahan terbesar mereka di tembak gas oleh fru n ramai juga yg kena berkas tetapi aku terlepas lari ke kg kerinchi. Pada tahun 1975 aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Mesir di bawah tajaan JPA.
Sehingga bila Anwar di bebaskan tk ingat tahun mungkin 1977, dari tahanan dia berkunjung ke Mesir memberi ceramah us.Nakhai Ahmad n Us.Harun Taib pun ada serta ramai lagi para pelajar yg dtg. Walaupun dah lama berlalu tapi masih terbayang dlm ingatanku yg dia pakai baju melayu ala Abim kelihatan agak susut badannya..aku nk cuba ringkaskan cerita ni harap bersabar.
Semasa aku mula daftarkan diri di Pusat Islam 2hb Januari 1982 Anwar baru menjadi Timbalan Menteri n berpejabat di Pusat Islam Jln Lembah KL. Aku pula bertugas sebagai Imam Masjid Negara.
Kami sering bertemu dan berbincang hal dakwah sehingga ketua jabatan pindahkan aku ke maaahad Tahfiz jpm atas sebab tertentu maka. Suatu hari Anwar panggil aku ke pejabatnya menyatakan dia lebih suka klu aku kekal di Masjid. Peranan ku lebih luas,
Entah mcm mana aku di jemput ceramah di Telok Intan Perak,rupanya ada org merakam n siarkan dlm akhbar. Keesokan harinya keluar dlm surat kabar aku kritik Anwar pula psal musabaqah al Quran serta sikap nya berlembut tk mcm dlm ABIM.
Apa lagi mcm pelurulah abim2 seluruh Malaysia hentam aku balik. Mlm tu juga aku pergi ke rumah Anwar di sek.14 PJ bersemuka dgnnya kebetulan ayahnya Dato Ibrahim pun ada. Anknya Nurul Izzah masih kecil lagi di dukung oleh Dr Wan Azizah. Nnti saya sambung episod 2 ok. Nk p bagi ayam mkn dulu.
Hatiku mula berdebar debar sebaik melangkah masuk ke dalam rumah DSAI padahal aku amat menghormatinya, benarlah kata orang ilmu boleh di cari tetapi adab diperolehi dengan tarbiah. Aku sempat berbual dengan Dsai dan ayahnya sambil menjelaskan maksud kedatanganku.
Nampaknya Dsai selamba saja bergelak ketawa, katanya dia orang tu tak faham maksud yang tuan Imam nak sampaikan. Apa pun aku tetap kagum dengan kehebatan Dsai.
Sebaliknya aku tak sangka rupanya ada pula hantu kom kom dok ikut ceramahku nak tebuk pintu belakang dan cuba mengintai intai mencari kesalahan supaya masyarakat memandang serong terhadap ceramah yang ku sampaikan. Seolah olah macam nak laga lagakan kami berdua tapi nampaknya tak berjaya sebab Dsai luar biasa sangat memahami tipu helah mereka .
Malah bersedia menolak tuduhan songsang tu. Sebaliknya mempertahankan pula apa yang aku ucapkan dalam ceramah tersebut.
Dsai berjanji bahawa dia akan mempastikan tiada sebarang tindakan akan di kenakan ke atas aku. Syukur memang benar tiada tindakan dari ketua pengarah cuma bossku kata lain kali hati² ustaz Hasan kita ni pegawai kerajaan.Lega sikit gelora tak bertepian.
Satu hari Pusat Islam ada perhimpunan bertemu dengan Dsai, sedang aku mcm biasa dok di baris belakang sekali sama kawan2, tiba2 Dsai melambaikan tangan jelas memperlawakan aku ke depan tapi aku buat bodoh malu pun ada.
Akhirnya dia datang memegang tangan aku sambil memeluk mengajak aku bersamanya. Aduh terasa malu sangat duduk bersama menteri.hebat tak aku? Dah mula sombongkan. Sorry bergurau. Aku harap anda semua dapat menilaikan sendiri keperibadiannya. Nampaknya selepas majlis ada kawan2 perli aku wah hebat mu hari ni San tak sangka no kata orang utara.
Mai kita tenguk keberhasilan Dsai selama dia berada di Pusat Islam,BAHEIS. Suatu kejayaan yang tidak dapat di lupakan ialah Dsai berjaya menyusunkan semula kedudukan jawatan Imam dan bilal seluruh Malaysia supaya terjamin.
Maka jawatan imam dan bilal pun di rombak dan di susun semula di tukarkan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pembantu Hal Ehwal Islam. Semenjak itu ramai jawatan pegawai kumpulan A bertugas sebagai Imam sampai sekarang jawatan tersebut masih berjalan. Lepas ini akan ku bocorkan tingkah laku insan yang bernama Anwar Ibrahim. Tunggu nak p makan ubat malam pula, jangan mara ya.
______________________________________________________________________
Ustaz Hassan Mahmud
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri