Keluang Man kini di Astro First

Keluang Man kini di Astro First
FILEM aksi superhero OG pertama Malaysia yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan tahun ini, Keluang Man kini menemui penonton di platform Astro First menerusi saluran 480 dan On Demand serta sooka bermula 10 Julai 2025.
Kehadiran Keluang Man di platform Astro First dengan memberi peluang kepada seluruh penonton Malaysia untuk menyaksikan dan menikmati sendiri pengalaman sinematik bersama seisi keluarga dengan satu harga terendah.
Pelanggan Astro boleh menyaksikan filem ini di platform Astro First melalui saluran 480, atau On Demand dengan harga hanya RM15, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka dengan harga RM 15 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka.
Lebih istimewa buat penonton dan para pengumpul koleksi, Keluang Man di Astro First turut hadir dengan koleksi eksklusif menerusi ‘Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi!’, yang ditawarkan dalam satu harga istimewa iaitu RM49. Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, boleh dapatkan di akaun media sosial Astro First.
Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Keluang Man adalah langkah pertama dalam permulaan sebuah perjalanan yang lebih luas. Kami amat bersyukur atas sokongan yang diterima. Memandangkan filem ini hangat diperkatakan dan menjadi bualan ramai, kami ingin mengoptimumkan pengalaman menonton filem Keluang Man dengan membawanya ke platform Astro First.
“Ini juga adalah peluang terbaik buat mereka yang terlepas menonton di pawagam untuk menyaksikan sendiri cerita ini dan penonton boleh menikmatinya dalam suasana lebih santai bersama insan tersayang, pada bila-bila masa dalam tempoh 48 jam, dengan harga paling berpatutan.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan cerita superhero original pertama Malaysia ini terus dekat di hati penonton serta dikenali oleh penonton merangkumi dari semua latar.”
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Filem ini juga turut membariskan kemunculan istimewa oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Fazzoq Muqris, Daniella Sya, Wahid Senario, Azlee Senario, Delimawati, A Galak, AG Hafiz, Razzuan Rosli, dan ramai lagi.
Keluang Man kini menemui penonton di platform Astro First menerusi saluran 480 dan On Demand serta sooka bermula 10 Julai 2025 dengan harga hanya RM15.
Lebih istimewa buat penonton dan para pengumpul koleksi, Keluang Man di Astro First turut hadir dengan koleksi eksklusif menerusi ‘Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi!’, yang ditawarkan dalam satu harga istimewa iaitu RM49.
Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, boleh dapatkan di akaun media sosial Astro First.
[AstroA]
Author Profile

Latest entries
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu
Seni & HiburanJuly 12, 2025Siti Nurhaliza bawakan Lagu ‘Rare’ di Konsert Violet Skies
Seni & HiburanJuly 11, 2025Keluang Man kini di Astro First
InternationalJuly 1, 2025RTS Link capai kemajuan fizikal 56 peratus