Duta Malaysia harap Rusia Aeroflot terbang terus ke KL

Duta Malaysia harap Rusia Aeroflot terbang terus ke KL
Duta Malaysia ke Rusia Datuk Bala Chandran Tharman berharap syarikat penerbangan utama Rusia Aeroflot akan mengadakan penerbangan terus antara St Petersburg atau Moscow dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
“Perkara itu sedang dibincangkan dalam suruhanjaya bersama Rusia-Malaysia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan.
“Ia ada dalam agenda. Sebagai duta, saya sangat berharap Aeroflot akan dapat mengadakan perkhidmatan penerbangan terus ke Kuala Lumpur tidak lama lagi,” katanya lapor Sputnik.
Dalam perkembangan lain, Bala Chandran percaya Malaysia akan mempertimbang peluang untuk menjual semikonduktor dan elektronik kepada Rusia.
“Industri Malaysia berorientasikan pasaran dan saya benar-benar yakin bahawa sebarang permintaan daripada pihak Rusia berkenaan produk tersebut akan dipertimbangkan,” katanya.
Menurut duta itu, Malaysia adalah antara pengeksport semikonduktor terbesar di dunia.
Rusia mungkin menghadapi defisit semikonduktor berikutan sekatan besar-besaran ke atas operasi ketenteraannya di Ukraine.
Taiwan, yang merupakan antara pengeluar utama semikonduktor dunia, telah menyertai kempen sekatan itu. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



