Jualan umum tiket perlawanan Manchester United di Bukit Jalil

Jualan umum tiket perlawanan Manchester United di Bukit Jalil
Tiket perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan antara gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini dijangka terjual dengan pantas apabila jualan umum dibuka mulai jam 11 pagi hari ini.
Penganjur jualan tiket, ShekhinahPR, menasihatkan para peminat agar segera mendapatkan tiket melalui laman web rasmi www.myticketempire.com, yang dijual pada harga antara RM50 hingga RM1,500, berikutan permintaan tinggi semasa akses awal dan sambutan luar biasa dari peminat seluruh rantau ini.
“Malaysia, inilah detik anda. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Manchester United beraksi secara langsung di Bukit Jalil. Jadi sebahagian daripada sejarah — dapatkan tiket anda dan cipta kenangan bersama,” kata kenyataan penganjur hari ini.
Juara EPL sebanyak 13 kali itu kali terakhir beraksi di Malaysia pada siri jelajah pra-musim 2009, di mana mereka menewaskan pasukan pilihan Malaysia dua kali di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Manchester United juga dijadualkan berkunjung ke Hong Kong untuk perlawanan menentang skuad kebangsaan negara itu di Stadium Hong Kong pada 30 Mei, sebelum bertemu Leeds United di Stockholm pada 19 Julai.
Siri jelajah musim panas EPL akan diteruskan di Amerika Syarikat, di mana Manchester United bakal menentang West Ham United (26 Julai), Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos).
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



