PKP Kuala Lumpur 7-20 Mei

PKP Kuala Lumpur 7-20 Mei
Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula Jumaat ini sehingga 20 Mei.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dilaksanakan selepas meneliti pembentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat 17 kluster baharu direkodkan di ibu kota dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.
Mengulas lanjut beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP Kuala Lumpur sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Antara SOP yang ditetapkan ialah pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.
“Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelaksanaan PKP pada Rabu.
Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhr aya dibenarkan beroperasi 24 jam.
Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.
Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
“Selain itu, bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat namun keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan, di sini.
Author Profile

Latest entries
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu
Seni & HiburanJuly 12, 2025Siti Nurhaliza bawakan Lagu ‘Rare’ di Konsert Violet Skies
Seni & HiburanJuly 11, 2025Keluang Man kini di Astro First
InternationalJuly 1, 2025RTS Link capai kemajuan fizikal 56 peratus



