Sekiranya PKP diperlukan, biarlah ia buat kali terakhir – Sultan Johor

Sekiranya PKP diperlukan, biarlah ia buat kali terakhir – Sultan Johor
Kuala Lumpur, MTN – ”Sekiranya perintah kawalan pergerakan yang ketat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa, biarlah ia dilaksanakan buat kali terakhir tetapi berkesan dengan memastikan orang ramai juga memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan peraturan yang dikuatkuasakan,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tegas baginda, agensi penguatkuasaan perlu bertindak lebih tegas dan adil terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Ini kerana, kita tidak boleh membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal seperti yang sedang berlaku di India sekarang,” titah baginda lagi yang menyifatkan negara sudah berada tahap sangat kritikal.
Menurut baginda, jumlah kes tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dan beberapa negeri, termasuk Johor yang kini menjadi negeri berisiko tinggi.
”Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih dari penularan Covid-19, namun sebaliknya jumlah kes yang dicatatkan kembali meningkat lagi. Umpama mula menimbulkan rasa putus asa dan tiada kepedulian lagi,” titah Sultan Ibrahim.
Tambah baginda, rakyat tidak boleh mengabaikan SOP walaupun mereka telah menerima suntikan vaksin terhadap virus tersebut.
Baginda menasihatkan setiap orang sentiasa beringat untuk menjaga diri dan satu sama lain kerana ada sesetengah rakyat memandang ringan SOP dan bersikap seolah-olah wabak itu sudah berakhir.
Titah baginda, sikap berbahaya ini hanya akan menambah lagi beban kemudahan penjagaan kesihatan kita.
”Walaupun sistem penjagaan kesihatan kita diurus tadbir dengan baik, namun semuanya mempunyai batas.
”Jika beban yang terpaksa ditanggung menjadi keterlaluan, pasti akan membawa akibat yang tidak dapat dibayangkan,” titah baginda sambil menggesa rakyat Johor agar segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin.
Menurut baginda, Percayalah kepada pakar kesihatan yang sahih, bukan khabar angin.
”Sebagai Sultan Johor, saya amat mengambil berat akan kebajikan dan keselamatan Bangsa Johor. Saya tidak mahu lagi mendengar kisah sedih keluarga yang kehilangan ahli mereka yang tersayang akibat wabak ini,” titah baginda. [MG]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia