TPM milik BN dan GPS – PM Anwar Ibrahim

TPM milik BN dan GPS – PM Anwar Ibrahim
Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan diberikan kepada blok kedua terbesar dalam Kerajaan Perpaduan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Ke-10 itu berkata, tawaran itu diberikan setelah kedua-dua gabungan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyertai kerajaan pimpinannya.
“Oleh kerana jawatan Perdana Menteri adalah dari Pakatan Harapan (PH) biasanya TPM dari parti komponen kuat yang lain.
“Setakat ini, BN dan kepada Sabah dan Sarawak, komponen terkuat adalah GPS,” katanya dalam sidang media pertamanya di Dewan Kelab Sungai Long malam ini.
Hadir sama adalah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya mengenai kes mahkamah yang dihadapi oleh beberapa pemimpin BN, Anwar berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama parti-parti terlibat.
Perbincangan ke arah itu perlu dibuat kesemua parti kerana perkara yang sama telah ditolak oleh gabungan PH.
“Yang bedakan bila hukuman dijatuhkan. Bila ada pendakwaan sukar untuk kita teruskan kalau ikut PH. Tapi bagi ruang untuk saya bincang dengan parti yang lain secara terperinci,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Anwar masih menegaskan, beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya, ia adalah langkah pertama bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya.
“Ya, pasal apa nak paksa saya tak terima. Saya telah umum bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat menteri dan pemimpin tanpa kira parti agama.
“Semua fikir gaji kontrak dan saham, maka saya memilih menolak gaji PM,” katanya lagi.
Anwar sah dilantik Perdana Menteri ke -10 hari ini di hadapan Yang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi. [MG]
Author Profile

Latest entries
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu
Seni & HiburanJuly 12, 2025Siti Nurhaliza bawakan Lagu ‘Rare’ di Konsert Violet Skies
Seni & HiburanJuly 11, 2025Keluang Man kini di Astro First
InternationalJuly 1, 2025RTS Link capai kemajuan fizikal 56 peratus



