566,200 individu terima suntikan vaksin Covid-19

566,200 individu terima suntikan vaksin Covid-19
Kuala Lumpur, MTN – Seramai 566,200 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam negara setakat Sabtu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya pada Ahad berkata, daripada jumlah itu, 448,187 individu menerima suntikan dos pertama manakala 118,013 pula telah menerima suntikan vaksin dos kedua.
Selangor mencatatkan jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin iaitu 63,675.
Negeri lain yang telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 ini iaitu Perak (49,545), Sabah (42,018), Kuala Lumpur (39,633), Sarawak (36,972), Johor (34,000), Pahang (33,463), Pulau Pinang (31,802), Kedah (26,316), Negeri Sembilan (22,212), Terengganu (20,503), Kelantan (19,812), Melaka (11,672), Perlis (9,533), Putrajaya (4,695) dan Labuan (2,347).
Bagi dos kedua pula, Sarawak merekodkan jumlah tertinggi iaitu 15,135, Pahang (12,283), Kelantan (11,411), Selangor (11,370), Kuala Lumpur (10,890), Perak (9,760), Johor (8,935), Sabah (8,352), Kedah (5,238), Pulau Pinang (4,866), Terengganu (4,649), Negeri Sembilan (4,643), Melaka (4,103), Putrajaya (2,234), Perlis (2,157) dan Labuan (1,987). [SH]
Author Profile

Latest entries
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia
IT & Social MediaApril 15, 2025Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap Meta di Washington