Anwar redah banjir jumpa penduduk Port Dickson

Anwar redah banjir jumpa penduduk Port Dickson
MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim berada di Port Dickson untuk meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam.
“Saya turut bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Permai, Sri Tanjung.
“Saya telah arahkan bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
“Saya juga melihat perlunya rencana besar terkait sistem tebatan banjir bagi memastikan bencana ini dapat dielakkan di masa hadapan,” kata Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson dalam satu kenyataan.
Sementara itu, dalam kenyataan di Twitter, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memaklumkan bahawa sehingga kini sebanyak 33 Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka di tiga daerah iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Kerajaan negeri sedang mengerakkan semua agensi berkaitan dengan kerjasama PBT dan PDT untuk memindahkan mangsa dan memberi bantuan kecemasan segera,” katanya.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang meningkat kepada 1,019 daripada 230 keluarga setakat 8 malam tadi.
Di Pahang, Maran dan Raub, banjir menyebabkan 218 orang daripada 60 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan.
Di Kelantan, jumlah mangsa meningkat kepada 735 daripada 156 keluarga manakala di Terengganu jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 66 daripada 14 keluarga setakat 8 malam. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



