Varian baharu ‘Deltacron’ ditemui, gabungan Delta dan Omicron

Varian baharu ‘Deltacron’ ditemui, gabungan Delta dan Omicron
Para saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.
Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg.
Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Delta dan Omicron.
Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut.
Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.
“Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini,” katanya.
Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



