WhatsApp guna AI kini boleh rumuskan mesej belum dibaca

WhatsApp guna AI kini boleh rumuskan mesej belum dibaca
Hari ini WhatsApp telah mengaktifkan ciri baharu yang merumuskan mesej-mesej yang tidak dibaca menggunakan Meta AI.
Apabila tingkap Chat dibuka, akan terdapat makluman mesej yang belum dibaca. Tekan makluman ini dan pilihan Summarize privately akan diberikan.
Tekan sekali lagi dan rumusan mesej-mesej yang belum dibaca ini akan diberikan oleh Meta AI.
Menurut Meta ciri ini menggunakan teknologi Private Processing yang memastikan mesej peribadi ini tidak dapat diintip oleh pengguna lain.
Ciri rumusan mesej-mesej yang belum dibaca ini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan dalam Bahasa Inggeris sahaja ketika ini.
Untuk insan yang dibanjiri mesej yang banyak seperti saya, ini ialah ciri yang dapat mengurangkan jumlah mesej yang perlu dibaca setiap hari.
[AstroA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



