Nurul Izzah Anwar berkahwin dengan Yin Shao Loong

Nurul Izzah Anwar berkahwin dengan Yin Shao Loong
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendirikan rumah tangga dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Dalam kemas kini terbaru tengah malam ini, Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkongsi perkara itu di Facebook.
“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.
Anak sulung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2015.
Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai oleh Nurul Izzah. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



