Saham TNB melonjak susulan cadangan tarif baru

Saham TNB melonjak susulan cadangan tarif baru
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Harga saham itu menokok 24 sen pada RM14.42 daripada RM14.18 pada akhir dagangan semalam.
Menjelang jam 10.35 pagi ini, saham syarikat utiliti nasional itu melonjak sebanyak 62 sen atau 4.37 peratus kepada RM14.80 dengan sebanyak 7.51 juta saham saling berpindah tangan.
Pada Khamis, TNB menerusi kenyataannya kepada Bursa Malaysia mengumumkan kerajaan telah meluluskan pelaksanaan RP4 itu di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari hingga Disember 2027.
Keputusan itu dinyatakan dalam surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB yang bertarikh 24 Dis, 2024.
Menurut TNB, jadual tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4 itu dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025.
“Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” katanya
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



