Anwar Ibrahim dijangka jadi Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim dijangka jadi Ketua Pembangkang
Petaling Jaya – Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pilihan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi Ketua Pembangkang apabila Dewan Rakyat bermesyuarat pada 18 Mei nanti.
Sinchew Daily melaporkan, walaupun DAP telah menjadi parti pembangkang terbesar dengan 42 kerusi berbanding PKR (39) dan Amanah (11), tetapi DAP sanggup melepas jawatan Ketua Pembangkang.
Sumber memberitahu, persepakatan telah dicapai antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Anwar mengenai calon Ketua Pembangkang.
Persepakatan tiga pemimpin itu bagaimanapun perlu dimuktamadkan dalam mesyuarat majlis presiden PH yang bakal diadakan.
Ditanya sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi Ketua Pembangkang pada saat-saat akhir, sumber berkata, PPBM telah berundur dari PH.
Sumber itu bagaimanapun berkata, dari segi prosedur, PH perlu berbincang dengan Warisan di Sabah untuk mendapat sokongannya. – MalaysiaGazette
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



