Agong - Darjah Kebesaran Bukan Untuk Dijual Beli | Malaysia News

Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli

Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli

Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli

Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli, buat amal jariah kalau banyak duit

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan penganugerahan darjah kebesaran, bintang, dan pingat Persekutuan bukan untuk dibeli mahu pun dilobi.

Malah, tegas baginda, ia hanya diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta berjasa kepada kerajaan dan negara.

Sultan Ibrahim bertitah walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertimbangkan, baginda tetap akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan.

“Mengikut telek pandang saya, hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara, wajar untuk diperkenankan.

“Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut. Walaupun, ada pihak yang melobi, saya tidak akan layan.

“Pangkat Datuk dan Tan Sri bukan untuk dibeli. Kalau ada yang banyak sangat duit, buatlah amal jariah, bantu orang miskin yang memerlukan,” titah baginda.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah penerima yang berjaya pada hari ini seharusnya menghargai dan berbangga dengan anugerah yang dikurniakan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim mengingatkan para pemimpin masyarakat supaya tidak bermain politik atas isu sensitif yang akan menimbulkan perbalahan dalam masyarakat dan menggugat kestabilan negara.

“Begitu juga, apabila wujud lagi banyak parti politik atau kem dalam parti, maka rakyat akan lebih berpecah-belah dan benci-membenci di antara satu sama lain.

“Gunakanlah akal sebelum buat sebarang keputusan. Tidak ada hadiah yang lebih istimewa buat diri saya selain daripada rakyat yang bersatu-padu.

“Saya pernah sebutkan dulu, ada satu virus yang akan melanda negara kita. Sekarang kita nampak virus ini telah mula menular dan tidak boleh diubati.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut memaklumkan akan mengadakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan bagi melihat sendiri kehidupan rakyat serta mengagihkan wang zakat kepada golongan miskin dan asnaf yang lapan.

[AstroA]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply