Agong jumpa serentak dengan semua pemimpin parti politik

Agong jumpa serentak dengan semua pemimpin parti politik
Kuala Lumpur, MTN – Yang di Pertuan Agong akan bertemu semua pemimpin parti pada pukul 2 petang hari ini, susulan peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Agong dijangka bertemu dengan semua pemimpin parti serentak dan bukannya satu per satu.
Wakil-wakil pemimpin politik mula tiba di Istana Negara di sini, sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sesi sembah maklum itu dipercayai berhubung perbincangan mengenai pelantikan Perdana Menteri kesembilan akan dijalankan serentak oleh Al-Sultan Abdullah.
Semua ahli parlimen telah diarahkan untuk menulis surat kepada istana dan memilih perdana menteri pilihan mereka menjelang jam 4 petang esok.
1.45 pm – Antara pemimpin politik yang tiba adalah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dilaporkan bahawa Bersatu akan diwakili oleh setiausaha agungnya Hamzah Zainuddin, dan bukannya presiden parti Muhyiddin.
Pemimpin parti politik tiba di istana, termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, dilaporkan bahawa GPS akan menghadiri pertemuan hari ini dengan Agong secara maya.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



