Agong, Permaisuri zahir harapan umat Islam bersabar raikan Aidiladha

Agong, Permaisuri zahir harapan umat Islam bersabar raikan Aidiladha
MTN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar umat Islam di negara ini terus cekal, bersabar dan bersyukur kerana masih diberi kesihatan serta kekuatan menyambut Aidiladha pada tahun ini dalam suasana sederhana bersama keluarga tercinta.
Dalam kenyataan menerusi Facebook Istana Negara , Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini mahupun di luar negara.
“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita kerana buat kedua kalinya umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan hari yang bermakna ini seperti kelazimannya akibat pandemik Covid-19.
“Seri Paduka Baginda berdua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan di atas kegigihan, komitmen dan pengorbanan berterusan tanpa mengira masa serta penat lelah merawat pesakit-pesakit Covid-19 dan dalam usaha-usaha memerangi pandemik ini sejak tahun lalu,” menurut kenyataan itu.
Justeru, Seri Paduka berdua menyeru seluruh umat Islam di negara ini tidak alpa dan berdisiplin dalam kawalan kendiri serta mematuhi semua perintah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam meraikan perayaan itu.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah
NationalNovember 13, 2025Tak ada lagi jalan percuma buat kenderaan ke Genting
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu



