Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baru Cina

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baru Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.
Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan.
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 18, 2025xAI – Elon Musk perkenal model Grok 3 saingi ChatGPT
PolitikFebruary 18, 2025Tukar nama Teluk Mexico, Sheinbaum beri amaran tindakan ke atas Google
EkonomiFebruary 17, 2025ECRL – Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar
IT & Social MediaFebruary 16, 2025WhatsApp Chat Themes – WA perkenal ciri ‘Tema Sembang’