Ahmad Zahid: Pindaan Akta 134 jamin hak orang asli

Ahmad Zahid: Pindaan Akta 134 jamin hak orang asli
Isu berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan dan kelahiran serta kawasan rayau melibatkan orang asli antara yang akan diberi perhatian di dalam pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan yang akan dilakukan tidak lama lagi itu bertujuan untuk menjamin hak orang asli.
“Kita mahu perkahwinan yang diadakan secara adat ini mempunyai sijil yang sah dan mengikut aspek perundangan,” katanya.
Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan bersama Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor.
“Orang asli perlu diberi peluang untuk menjaga kepentingan, maka kerajaan sangat komited melaksanakannya,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mengadakan sesi lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini pada Khamis.
Beliau berkata, proses untuk pindaan akta itu sudah dimulakan sejak tahun lalu selepas kajian awal dilaksanakan Jakoa.
“Pindaan akta ini memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga melihat peluang pendidikan agar perlu diberikan kepada masyarakat itu ke tahap tertinggi dengan sasaran 300 anak orang asli wajib memasuki universiti.
“Untuk mencapai matlamat itu, motivasi dan kelas tambahan akan dilaksanakan,” katanya.
Ujar Ahmad Zahid, Urusetia Pembangunan Ekonomi Orang Asli ditubuhkan dengan Ramli dilantik sebagai pengerusi manakala Jakoa pula bertindak sebagai sekretariat.
“Ini bukan nepotisma atau kroni, tetapi mereka mempunyai objektif sama untuk membawa perubahan kepada masyarakat itu,” katanya.
Setakat ini, terdapat sekitar 209,000 orang asli di seluruh negara. [SH]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia