Aliran trafik menghala ke KL, Lebuh raya sesak

Aliran trafik menghala ke KL, Lebuh raya sesak
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke ibu kota mengalami kesesakan teruk berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 10 malam tadi, di bahagian utara, trafik menghala ke Kuala Lumpur di Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dilaporkan sesak di Alor Setar sehingga Sungai Petani Selatan, Kedah, dan di Perak kesesakan berlaku di Bukit Merah menuju ke Changkat Jering, Bukit Berapit menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Tapah ke Sungkai.
“Di selatan pula trafik di lebuh raya PLUS dilaporkan sesak di Johor dari Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Seremban, Negeri Sembilan.
“Bagi trafik dari arah pantai timur menghala ke ibu kota, trafik sesak di laluan Karak menuju ke Bentong sehingga ke Lentang.
“Trafik juga sesak di Plaza Tol Gombak menuju ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagi arah ke utara, trafik di lebuh raya PLUS dari Tapah ke Ipoh, Terowong Menora ke Bukit Berapit dan Bandar baru ke Jawi mengalami kesesakan sementara arah ke selatan kesesakan berlaku dari Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



