Alliance Bank Bantu Pelanggan Atasi Krisis COVID-19 | Malaysia News
September 20, 2024

Alliance Bank bantu Pelanggan Atasi Krisis COVID-19

Alliance Bank bantu Pelanggan Atasi Krisis COVID-19

KUALA LUMPUR, MTN – Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) memberi tumpuan untuk membantu pelanggan mengatasi krisis semasa COVID-19, mengekalkan pekerja dan kembali pulih pasca pandemik.

Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Mohd Don, berkata Alliance Bank akan meningkatkan usaha dengan menawarkan bantuan kewangan dan bukan kewangan kepada pelanggan, pada tahun kewangan 2021.

“Kami akan menawarkan pelbagai instrumen termasuk pengurusan risiko kecairan dan ketersediaan tunai, mempercepatkan kawalan perbankan serta transformasi cawangan.

“Dari segi bantuan kewangan, Alliance Bank akan menawarkan pengubahsuaian pinjaman termasuk Dana Bantuan Khas (SRF) Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah lebih RM600 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad menjelaskan, matlamat Alliance Bank ketika ini adalah menawarkan lanjutan bantuan pembayaran balik pinjaman pasca moratorium menjangkaui semua pelanggannya.

Katanya, bantuan sementara itu dilihat dapat membantu pelanggan terjejas akibat COVID-19, selain dapat membantu bank menguruskan risiko kredit.

“Walaupun bantuan pembayaran balik pinjaman terbuka untuk semua pelanggan, bank juga memiliki pakej bersasar terutama membabitkan golongan B40 dan pelanggan perniagaan dalam pelbagai sektor yang terjejas akibat pandemik.

“Kami menasihati semua pelanggan untuk merancang lebih awal dan memaklumkan kepada bank situasi kewangan, bagi menentukan pakej bantuan paling sesuai untuk mereka,” katanya. [bh]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply