Anwar dan Mat Sabu sindir PAS kerana judi naik 22 kali – Parlimen
Anwar dan Mat Sabu sindir PAS kerana judi naik 22 kali – Parlimen
MTN – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar menyindir pimpinan Pas di Dewan Rakyat hari ini kerana menaikkan cabutan khas nombor ekor sebanyak 22 kali dalam tempoh setahun.
Sindiran itu selepas Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mencelah perbahasan Anwar dan berkata agar jangan menghina kerajaan yang dianggotai banyak ulama.
“Janganlah hina kerajaan. Kan ulama banyak dalam kerajaan. Ini menghina kerajaan yang disokong oleh ulama, kenapa ni?,” katanya kepada Anwar, mahu menyindir Pas.
Anwar menjawab: “Tentunya rasa membara Kota Raja ini disebabkan judi ditambah 22 kali.
“Jadi bagi saya ini membingungkan. Dan tidak ada suara, sunyi sepi, lidah kelu tidak berkata, entah sebab apa saya tak faham,” katanya pula.
Anwar sebelum itu dalam perbahasannya, mengingatkan kerajaan untuk memastikan sistem penguatkuasaan, pendakwaan dan badan kehakiman dalam negara berjalan dengan telus dan bebas.
Beliau berkata, bagaimana negara ini boleh dijamin selamat jika selepas ini rakyat tidak tahu institusi mana boleh dipercayai.
“Tanpa prasangka dari sesiapa, pendakwaan harus bebas. Soalnya sekarang, pendakwaan pun ada yang dipertikai. Ini masalah. SPRM terhakis kepercayaan, pendakwaan pun belum tahu. Salah tak salah, dia pun dakwa atas arahan.
“Persepsinya begitu rupa. Kalau benar kita nak institusi ini direformasi, mesti pastikan penguatkuasaan pendakwaan, badan kehakiman bebas dan telus, selamatkan negara ini.
“Kita bicara soal keselamatan negara. Bagaimana boleh kita jamin negara ini selamat kalau kita tak tahu selepas ini institusi mana boleh dipercaya,” katanya. [MD]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka