Anwar Ibrahim pilihan utama netizen jadi Perdana Menteri ke-9

Anwar Ibrahim pilihan utama netizen jadi Perdana Menteri ke-9
Shah Alam, MTN – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama netizen sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Berdasarkan kaji selidik Sinar Harian, Anwar memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.
Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.
Dapatan undian secara dalam talian itu melibatkan 1,207 netizen di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan dan keputusan diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk PM9: Abah atau siapa? pada Selasa. [SH]
Author Profile

Latest entries
EkonomiMay 22, 2025Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar AS$65 setong
EkonomiMay 21, 2025Peningkatan Industri Pendaratan Ikan Tuna di Pulau Pinang
IT & Social MediaMay 20, 2025‘Di sebalik manfaat AI, penjenayah siber juga ambil kesempatan’
NationalMay 14, 2025Aaron – 19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini