Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
CIMB memaklumkan akan menamatkan sepenuhnya aplikasi CIMB Clicks pada 12 April 2025.
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
Selari ke langkah berkenaan, CIMB turut akan menghentikan sokongan SecureTAC pada aplikasi CIMB Clicks berkuat kuasa 16 Mac 2025, dan dipindahkan sepenuhnya ke CIMB OCTO.
CIMB sebelum ini telah memulakan proses peralihan ke CIMB OCTO secara berperingkat sejak tahun lepas, dan menamatkan ciri pada CIMB Clicks secara berperingkat.
Malah, aplikasi CIMB Clicks tidak lagi ditawarkan untuk pemasangan baharu.
Bagi anda yang masih menggunakan aplikasi CIMB Clicks, mungkin sudah tiba masanya untuk menggunakan CIMB OCTO dalam memastikan urusan perbankan anda berjalan dengan lancar.
Aplikasi CIMB OCTO boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan juga Huawei AppGallery.
[AstroA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



