Atasi Pengangguran, Grab Malaysia bekerjasama dengan Majlis Pekerjaan Negara
Atasi Pengangguran, Grab Malaysia bekerjasama dengan Majlis Pekerjaan Negara
Kuala Lumpur, MTN – Grab Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan kerajaan dan rakan industri di bawah Majlis Pekerjaan Negara untuk mengatasi pengangguran di negara ini.
Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan memaklumkan, program #TechUntukSemua yang dibentangkan kepada Majlis Pekerjaan Negara merangkumi tiga teras utama untuk memperkasakan lebih ramai individu untuk mendapat peluang dari ekonomi digital.
“Kami percaya bahawa inisiatif ini akan membantu mewujudkan akses kepada pendapatan tambahan yang fleksibel peluang, dan membolehkan perniagaan tradisional kecil berkembang dan benar-benar mendapat keuntungan dari digital,” katanya.
Beliau memaklumkan tiga teras utama itu adalah aktifkan akses yang sama untuk Orang Kurang Upaya (OKU), permudahkan peraturan untuk mendapatkan peluang pendapatan yang fleksibel dan memperkasakan perniagaan tradisional untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital.
Sean menjelaskan, Grab Malaysia berharap dengan sokongan kerajaan pihaknya dapat melibatkan semua perniagaan dalam ekonomi digital.
Selain itu, kata beliau Grab Malaysia akan terus melabur dalam mewujudkan kesedaran dan keterlibatan bagi pengusaha tempatan dan melengkapkan mereka dengan alat untuk berkembang maju ekonomi digital.
Tambahnya, Grab Malaysia komited untuk bekerja keras bersama kerajaan dan masyarakat bagi memperkasakan perniagaan, pekerja gig dan seluruh rakyat Malaysia. [AA]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka