BAM ucap terima kasih kepada SPRM

BAM ucap terima kasih kepada SPRM
BAM ucap terima kasih kepada SPRM, komited tingkat aspek tadbir urus
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang selesai menjalankan siasatan, dan mengumumkan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap seorang pegawai kanan badan induk itu.
BAM dalam kenyataan rasmi yang dikongsi di laman Facebook mereka pada Selasa menyatakan komitmen untuk meningkatkan aspek tadbir urus persatuan itu dengan menerima dan melaksanakan cadangan yang dikemukakan SPRM.
“BAM ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sokongan dan nasihat beliau sepanjang siasatan ini.
“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada penaja yang telah menyokong persatuan sepanjang beberapa bulan ini,” menurut kenyataan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa siasatan mendapati tiada elemen jenayah ditemui berhubung dakwaan seorang pegawai kanan persatuan itu mengambil elaun tanpa kelulusan Ahli Majlis BAM.
Laporan penuh mengenai siasatan itu akan diserahkan kepada Hannah kerana terdapat beberapa perkara yang perlu ditangani.
[Bernama]
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



