Fenomena air pasang besar yang melanda Terengganu menyaksikan beberapa kawasan berhampiran pesisir pantai dan Sungai Terengganu mula dilimpahi air.
Susulan itu, seramai 19 mangsa melibatkan lima keluarga dari daerah Kemaman telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 10 mangsa melibatkan dua keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga.
Manakala sembilan lagi mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor yang diaktifkan pada jam 10 malam tadi.
Pada Isnin, situasi banjir di Terengganu pulih dan kesemua mangsa yang berada di PPS kembali ke rumah masing-masing.
Bagaimanapun tidak sampai 12 jam, dua PPS kembali diaktifkan berikutan fenomena air pasang besar menyebabkan kediaman mangsa dilimpahi air.
Terdahulu, banjir di daerah Dungun yang melanda sejak Khamis pulih sepenuhnya susulan penutupan PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor jam 12 tengah hari semalam.
Susulan penutupan itu, seramai 137 mangsa daripada 42 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar