Barisan Nasional (BN) tubuh ‘Pasukan Khas’

Barisan Nasional (BN) tubuh ‘Pasukan Khas’
MTN – Barisan Nasional (BN) menubuhkan ‘Pasukan Khas’ untuk memainkan peranan sebagai “suara semak dan imbang” terhadap kerajaan PN (Pakatan Nasional).
Setiausaha Eksekutifnya, Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, Pasukan Khas itu akan dianggotai pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat.
“Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021, bersetuju untuk BN terus menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat,” katanya.
Mohamad Shafri mengatakan pasukan khas itu akan dianggotai oleh pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat.
Bagi Pasukan Khas Pendidikan, ia akan diketuai Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid.
Untuk Pasukan Khas Ekonomi akan diketuai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Johari Abdul Ghani, sementara Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said akan mengetuai pasukan khas mengenai demokrasi dan perundangan.
Perkembangan ini hadir ketika Umno yang merupakan komponen utama BN dan merupakan sekutu kerajaan, baru-baru ini memaklumkan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan mengekalkan sokongan hanya sehingga parlimen dibubarkan.
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanJune 3, 2025Ernie Zakri tutup konsert Aura penuh magis di Singapura
TokohJune 2, 2025Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli
InternationalJune 1, 2025HAJI 2025 – Pasukan Keselamatan Haji Arab Saudi pada tahap siap siaga tertinggi
Top NewsMay 28, 2025HAJI 2025 – Fokus Ibadah menjelang Hari Wukuf