Co-opbank Pertama (CBP) beri moratorium untuk mangsa banjir

Co-opbank Pertama (CBP) beri moratorium untuk mangsa banjir
Co-opbank Pertama (CBP) hari ini mengumumkan pemberian moratorium kepada pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember 2021.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, sebagai bank koperasi yang prihatin terhadap pelanggan serta selaras dengan prinsipnya iaitu prihatin terhadap komuniti, CBP ingin mengumumkan bahawa permohonan moratorium bencana banjir boleh dibuat oleh pelanggan yang terjejas secara dalam talian.
Permohonan moratorium itu boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/MBCBP2021 bermula 3 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi pelanggan PKS dan Koperasi pula, permohonan boleh dikemukakan terus melalui e-mel kepada pembiayaan.korporat@cbp.com.my.
Cawangan CBP akan menghubungi pelanggan dan memaklumkan status permohonan moratorium mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



