Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar

Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan peguam mengenai kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bahawa pembangkang menerima dana politik daripada syarikat judi adalah tidak benar, fitnah dan pembohongan.
“Kita akan bincang dengan peguam apa langkah seterusnya yang kita akan ambil terhadap kenyataan yang dibuat perdana menteri,” kata Muhyiddin kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin sebelum itu menghadiri sebutan kes rasuahnya di Mahkamah Sesyen.
Pada 5 Dis tahun lepas, perdana menteri membuat dakwaan itu semasa sidang media, membayangkan bahawa sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat judi yang terlibat dalam cabutan khas.
Keesokan harinya (6 Dis), Muhyiddin menafikan dakwaan bahawa PN memperoleh dana daripada syarikat perjudian untuk menampung kos kempen pilihan raya umum ke-15.
Dia menyebutnya sebagai tuduhan yang serius dan menegaskan tidak mengambil walau sesen pun derma daripada syarikat judi.
Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan itu, menyifatkannya sebagai fitnah dan mencabar Anwar untuk membuktikan dakwaannya. [MK]
Author Profile

Latest entries
Top NewsNovember 8, 2023Sejak 7 Okt lebih 3,257 kanak-kanak Palestin terbunuh
TokohMay 29, 2023PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
NationalMay 28, 2023Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top IssuesMay 27, 2023Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar