Minggu ini, tiga debat berlangsung dengan pembukaannya dimulakan menerusi ‘Debat Ketua AMK’ yang berlangsung pada Selasa.
Debat Ketua AMK’ ini mempertemukan dua orang bekas mahasiswa iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Fahmi Zainol yang kedua-duanya bertanding untuk jawatan Ketua AMK.
Ia bersiaran selama satu jam di Astro Awani dan kedua-dua calon tampil dengan idea serta jawapan yang bernas.
Pada Rabu pula, sebuah lagi debat juga dinantikan atau ditunggu-tunggu oleh peminat politik tanah air dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Jika ‘Debat Ketua AMK’ itu boleh dianggap sebagai ‘adik’, debat menerusi program ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’ yang berlangsung pada 3 petang ini akan menampilkan ‘abangnya’ pula.
Debat itu menampilkan dua orang calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli.
Ia akan berlangsung selama satu jam 30 minit dan dimulakan dengan sesi pengenalan kedua-dua belah pihak serta kemudiannya diikuti dengan soalan sesama mereka serta daripada moderator.
Debat ini juga merupakan satu petunjuk siapakah yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan PKR daripada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [SH]
Author Profile

Latest entries
Politik2023.03.21Nazri: Tidak ada orang Melayu yang mahu percaya cakap Mahathir lagi
National2023.03.21PKR cabar Hadi Awang PAS – Ludahan ke langit akan hinggap di muka sendiri
Kes2023.03.12Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam
Politik2023.03.12Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’