Demokrasi hancur jika Muhyiddin teruskan jawatan
Demokrasi hancur jika Muhyiddin teruskan jawatan
MTN – Institusi demokrasi negara akan menjadi hancur sekiranya pimpinan kerajaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meletakkan jawatannya atau diberhentikan dengan segera.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mendakwa, Muhyiddin telah menyebabkan sistem demokrasi berparlimen negara kini berada di tahap yang membimbangkan.
Menurutnya, keadaan politik negara semakin kucar-kacir adalah disebabkan kerajaan yang hilang penghormatan mereka terhadap sistem tersebut.
“Sekarang ini, penghormatan pada pilihan raya tidak ada. Mereka gunakan isu perkauman kononnya Islam dan hak orang Melayu terancam. Mesti menubuhkan kerajaan Melayu-Islam.
“Demokrasi dan hak rakyat tidak dihormati, akhirnya menyebabkan tidak menghormati institusi yang tertegak di Malaysia iaitu institusi Parlimen, Yang di-Pertuan Agung dan Raja-raja Melayu.
“Parlimen sekarang juga telah hilang kewibawaan. Kami ahli Parlimen tidak boleh masuk Parlimen, kononnya Covid-19 merebak di situ. Namun pada petang, Pengarah Kesihatan masuk ke Parlimen. Ini lawak di abad ini.
“Parlimen dipermainkan, institusi demokrasi menuju kehancuran kalau Perdana Menteri tidak berhenti atau diberhentikan dengan pelbagai cara. Beliau lingkupkan sistem Parlimen demokrasi di Malaysia,” katanya semasa siaran langsung Temu Bual Eksklusif bersama Presiden Amanah di Facebook pada Selasa.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, hukuman perlu diberikan atas sikap yang telah menyebabkan kehancuran kepada demokrasi, perlembagaan dan institusi. [SH]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka