Dian Lee - Saya Tak Pernah Disiasat, Mahkamah Dah Tetapkan Pelaku | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652
September 25, 2022
Dian Lee - Saham Penny Stock Singapura

Dian Lee – Saya tak pernah disiasat, mahkamah dah tetapkan pelaku

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda, Dian Lee menjawab tuduhan “tidak berasas dan fitnah” berhubung penglibatannya dalam kontroversi saham penny stock di Singapura.

Menurut anak kepada taikun Lee Kim Yew itu, dia dan suaminya, Jared Lim tidak pernah terbabit dalam isu berkenaan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa pihak berkuasa Singapura tidak pernah menghubungi suami saya atau saya untuk mendapatkan penjelasan atau soal siasat dalam kes itu sepanjang siasatan mereka selama 10 tahun.

“Keputusan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 5 Mei 2022 dengan jelas menetapkan pelaku dan dalang di sebalik kes saham penny stock itu. Suami dan saya tidak terlibat secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee berkata demikian selepas timbalan pengerusi sayap Mahasiswa Keadilan (PKR), Dharshinee Suresh Kumar menggesa beliau menjelaskan peranan Clear Water Development Sdn Bhd dalam Blumont Group Ltd.

Pada 2013, Clear Water Development, yang dikuasai oleh Lee, merupakan pemegang saham kedua terbesar di Blumont selepas Neo Kim Hock, menurut The Edge .

Asiasons Capital dikawal oleh Mohamed Azlan Hashim dan Jared Lim, yang merupakan suami Lee.

“Dakwaan pihak-pihak ini bahawa suami saya dan saya terlibat dan mengaut keuntungan daripada manipulasi hanya menghina dan memperlekeh siasatan pihak berkuasa Singapura dan keputusan sistem kehakiman Singapura.

“Saya dan suami memandang serius tuduhan tidak berasas ini, dan kami tidak akan bertolak ansur atau teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi diri kami daripada fitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Khamis lalu, taikun Soh Chee Wen dan rakan kongsinya Quah Su-Ling disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura atas kesalahan manipulasi pasaran dan terbabit dalam skim penipuan melibatkan saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital Ltd dan LionGold Corp Ltd.

Antara pemegang saham utama LionGold Corp ialah Md Wira Dani, anak kepada bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.

Berikutan siasatan oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura, tiada pertuduhan dikenakan terhadap pemegang saham.

Soh dan Quah, bagaimanapun, didapati bersalah atas 349 pertuduhan.

Mereka didakwa melakukan konspirasi dengan mengawal dan menggunakan 189 akaun dagangan milik 60 individu dan penama korporat (akaun terkawal).

Harga saham berkenaan akhirnya jatuh, melenyapkan nilai pasaran S$8 bilion dan kerugian kepada pelabur runcit. [MK]

Facebook Comments