Dokumen bocor, Zahid Hamidi akan lapor polis

Dokumen bocor, Zahid Hamidi akan lapor polis
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membuat laporan polis berhubung kebocoran dokumen didakwa mempunyai unsur campur tangan terhadap pertuduhan kes mahkamah yang dihadapinya.
Peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden UMNO itu berkata, pihaknya terkejut dengan pendedahan di media sosial berhubung dokumen bocor bertajuk ‘Laporan Political Engagement Pas Pusat’.
Dokumen itu mengandungi antaranya ‘perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum’.
Peguam itu berkata, ia jelas merujuk kepada kes mahkamah yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
“Laporan polis mengenai perkara berkenaan akan dibuat dan kami berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan teliti.
“Ini akan menentukan sama ada berlaku percubaan untuk menjejaskan integriti sistem kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Untuk rekod, prosiding bela diri dengan Ahmad Zahid sebagai saksi pembelaan pertama di Mahkamah Tinggi di sini masih berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Ahli politik itu berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



