FAM Sahkan Empat Pemain Warisan Baru Harimau Malaya | Malaysia News
February 19, 2025

FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya

FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya

FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya

FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya tunggu kelulusan, empat lagi ‘on the way’

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan hari ini bahawa empat pemain warisan baru yang bakal memperkuatkan Harimau Malaya sedang menunggu kelulusan muktamat daripada pihak Kerajaan Malaysia.

Malah, badan induk itu turut mengesahkan mereka turut dalam proses bagi melengkapkan pendokumentasian bagi empat pemain lain.
Untuk rekod, anak buah Peter Cklamovski diundi dalam Kumpulan F, kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bersama Nepal, Laos, dan Vietnam.
“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.
“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

“FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya.
“Skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac 2025,” katanya dalam siaran media hari ini.
[Astro]
Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply