G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun

G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
SEOUL: Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
Jelajah “Ubermensch in Korea” akan bermula di Stadium Goyang pada 29 dan 30 Mac, menurut penganjur acara, Coupang Play.
Ini merupakan konsert solo pertama penyanyi rap dan ketua kumpulan BIGBANG itu sejak jelajah dunia terakhir pada 2017, yang menarik seramai 650,000 peminat menerusi 36 persembahan.
Bagaimanapun, butiran lengkap mengenai jelajah dunia terbarunya masih belum diumumkan secara rasmi.
Dalam konsert akan datang, G-Dragon dijangka mempersembahkan lagu terbaharunya, termasuk “Power,” “Home Sweet Home,” “Too Bad” dan “Drama.”
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia