Hampir 30 juta dos vaksin covid-19 sudah diberikan

Hampir 30 juta dos vaksin covid-19 sudah diberikan
Kuala Lumpur, MTN – Hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) setakat semalam.
JKJAV dalam data infografik yang dikongsi menerusi Twitter menunjukkan jumlah kumulatif dos vaksin adalah sebanyak 29,368, 856.
Setakat 18 Ogos 2021:
50.2% populasi dewasa Malaysia telah menerima suntikan vaksinasi penuh.
75.3% populasi dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan di Malaysia.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Q1928l8eNm
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) August 19, 2021
Sejumlah 17,625,760 menerima dos pertama dan 11,743,096 mendapat dos lengkap.
Daripada jumlah itu, seramai 54 peratus populasi negara sudah menerima dos pertama dan 36 peratus dos kedua.
Menurutnya, dari segi peratusan populasi dewasa pula masing-masing 75.3% untuk dos pertama dan 50.2% dos kedua.

Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



