Ini Kabinet PN 2.0, Kitar Semula, Harapan Saya Dan Rakyat Tidak Tercapai | Malaysia News

Ini Kabinet PN 2.0, kitar semula, Harapan saya dan rakyat tidak tercapai

Dr Mujahid Yusof Rawa - Naib Presiden AMANAH

Ini Kabinet PN 2.0, kitar semula, Harapan saya dan rakyat tidak tercapai

Kuala Lumpur, MTN – Barisan Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat hanya ‘kitar semula’ menteri-menteri lama yang sebelum ini menerajui Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, harapannya yang mahukan Kabinet bersaiz kecil dan menteri-menteri berprestasi lemah diganti, nampaknya tidak tercapai.

“Harapan saya Kabinet yang akan diumumkan bersaiz kecil. Tukar mereka yang berprestasi lemah. (Buat) pelantikan atas merit. Tiada lagi Duta Khas bertaraf Menteri dan menteri yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditukar.

“Malangnya, barisan Kabinet nampaknya kitar semula atau PN 2.0, ‘wish list’ saya dan rakyat tak tercapai. Keluarga besar Malaysia kekal tertanya-tanya apakah badi Sheraton masih menghantui Ismail?,” soalnya dalam satu respon segeranya selepas Ismail mengumumkan senarai anggota Kabinetnya.

Kabinet Ismail mempunyai 69 Jemaah Menteri dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Ismail dibantu oleh empat Menteri Kanan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diwujudkan.

Sementara itu, Mujahid yang juga bekas bekas Menteri Agama sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Agama. [MD]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply