Jasmine Malu Tonton Babak ‘Ranjang’, Meski Ia Cuma Trik Kamera | Malaysia News

Jasmine malu tonton babak ‘Ranjang’, meski ia cuma trik kamera

Jasmine Suraya - Villa Kristal

Jasmine malu tonton babak ‘Ranjang’, meski ia cuma trik kamera

Jasmine Suraya merasa malu saat pertama kali dia menonton babak ranjangnya sendiri dalam drama bersiri Villa Kristal yang akan ditayangkan di platform digital WeTV.

Katanya, ketika menjayakan babak berkenaan dia memberikan komitmen penuh sebagai watak Angel bagi episod pertama drama berkenaan.

“Sebenarnya macam tak boleh tengok balik lakonan tu… malu juga sebenarnya. Saya sendiri pun tak percaya saya boleh lakonkan babak panas macam tu.

“Tapi apa pun, saya memang berikan komitmen penuh dalam lakonan saya,” katanya pada sidang media pelancaran drama lakonannya itu di ibu kota semalam.

Selain Jasmine, drama itu juga turut dibintangi barisan pelakon seperti Mimi Lana, Mawar Rashid dan Tiz Zaqyah.

Villa Kristal menceritakan perihal sekumpulan wanita elit yang memiliki rahsia masing-masing dan menjalani kehidupan penuh skandal. Ia mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Kabir Bhatia dan Jason Chong.

Jasmine, 32, menjelaskan, babak itu sebenarnya tidak akan berjaya sekiranya tidak dibantu oleh trik kamera.

“Tak ada sentuhan yang melampau antara saya dengan pelakon lelaki tu, Alvin Wong yang bawa watak Robin.

“Sejujurnya ia nampak seolah-olah… tapi tak ada langsung adegan intim tu. Ia cuma trik kamera yang mencari sudut sesuai dengan babak.

“Apabila disunting untuk tayangan, penonton mungkin akan nampak babak tu macam memaparkan keintiman Angle dan Robin,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak kisah jika dikecam ramai kerana memberikan komitmen penuh dibawakan untuk watak Angel itu.

“Sebagai pelakon, (penonton) nak benci atau tak benci terpulang. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan tuntutan kerja.

“Angel ni watak yang buat apa saja tak dia tak harm other people (memudaratkan orang lain),” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply