Jika Piala Malaysia 2020 Tiada, Peminat Perlu Terima

Jika Piala Malaysia 2020 Tiada, Peminat Perlu Terima
Di antara emosi, sentimental dan nyawa, sudah tentu keselamatan diri lebih penting.
Justeru andainya saingan Piala Malaysia tidak dilangsungkan tahun ini, peminat bola sepak perlu menerimanya secara terbuka.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata soal nyawa dan keselamatan orang ramai harus menjadi keutamaan semua pihak ketika ancaman Covid-19 masih belum dapat dikalahkan.
“Kalau fikirkan sayang (kerana Piala Malaysia) kejohanan tertua, memang kita akan fikir begitu.
“Tapi kalau kita fikir berkenaan nyawa dan keselamatan semua pihak, kita kena berkorban,” katanya seperti dipetik BH Online semalam.
Menurut Wan Jamak, langkah penangguhan tersebut bukan saja diambil oleh Malaysia malah negara lain di seluruh dunia.
Katanya wabak itu mengancam nyawa semua pihak termasuk pemain dan penonton.
“Walaupun saingan Piala Malaysia kebiasaannya berlangsung di penghujung musim, penangguhan aksi Liga Malaysia (Liga M) ketika ini boleh menjejaskan perancangan.
“Sekiranya penangguhan itu mengambil tempoh yang lama ia akan menyebabkan saingan seperti Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA dijangka berlanjutan hingga hujung tahun untuk dihabiskan,” jelasnya.
Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan kes positif Covid-19 sebanyak 1,518 kes dengan 14 kematian. -Malaysiakini
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



