Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Negeri Zon Hijau Covid-19

Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Negeri Zon Hijau Covid-19
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Boleh Jadi negeri zon hijau Covid-19
Tiga negeri di utara semenanjung boleh menjadi zon hijau Covid-19 jika tiada sebarang kes baru dicatatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mestilah bebas daripada sebarang kes positif wabak itu untuk tempoh 14 hari.
“Walaupun memang Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tidak ada sebarang kes baru sejak beberapa hari lalu, tetapi apa yang paling penting ialah, kita perlu menunggu untuk tempoh pengeraman (incubation) selama 14 hari sebelum kita boleh katakan kawasan itu bebas (daripada Covid-19).
“Justeru sekarang kita dalam proses untuk melihat hal itu, dan jika dalam tempoh 14 hari tiada kes dilaporkan di tiga negeri tersebut, mungkin kita boleh pertimbangkan ia sebagai negeri hijau,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan cadangan melonggarkan perintah kawalan terhad (PKP) di beberapa negeri selepas tiada kes baru Covid-19 dicatatkan selama beberapa hari.
Mengikut pengelasan KKM, sesuatu kawasan itu dianggap sebagai zon hijau jika tiada kes Covid-19 dicatatkan. Sebelum ini kerajaan berkata, mereka mungkin menguatkuasakan PKP mengikut zon dengan kawasan hijau akan dilonggarkan, manakala kawasan merah diperketatkan.
Setakat ini tiada mana-mana negeri dalam negara ini diisytiharkan sebagai zon hijau kecuali beberapa daerah dalam sesebuah negeri. [MK]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun