Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir

Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir
Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir gelombang pertama – Exco
Kelantan mengalami kerugian lebih RM30 juta akibat banjir gelombang pertama yang berlaku pada penghujung November lepas, kata Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Wan Roslan Wan Hamat.
Beliau berkata jumlah itu merupakan anggaran awal kerosakan harta benda dan infrastruktur termasuk enam atau tujuh sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terkesan akibat banjir.
“Jumlah kerugian mungkin akan meningkat kerana kita belum selesai mengambil data-data daripada pelbagai agensi yang terlibat dengan musibah bencana ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Penerimaan dan Bantuan daripada Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad di Pantai Sri Tujoh, di Tumpat hari ini.
Beliau berkata selain kerosakan harta benda dan infrastruktur, 207 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah YIK turut terkesan akibat banjir itu.
“Kesemua pelajar ini menduduki peperiksaan di sekolah berhampiran kawasan mereka dan tidak terkesan banjir yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan YIK. Alhamdulillah, kita mendapat maklumat kesemua calon SPM di negeri ini dapat menjalani peperiksaan SPM dengan lancar walaupun terkesan banjir,” katanya.
Sementara itu Wan Roslan meminta pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Syria sentiasa mematuhi arahan daripada pihak kedutaan Malaysia di negara itu, walaupun Wisma Putra melaporkan mereka berada dalam keadaan selamat.
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah
NationalNovember 13, 2025Tak ada lagi jalan percuma buat kenderaan ke Genting
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu



