Kemungkinan Kerjasama BN-PH Untuk Umno - Tajuddin | Malaysia News
April 13, 2021

Kemungkinan kerjasama BN-PH untuk Umno – Tajuddin

Tajuddin tak tolak kemungkinan pakatan BN-PH untuk survival Umno

MTN – Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk parti komponennya DAP.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta untuk menjawab spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama BN-PH

“Apa sahaja mungkin berlaku dalam politik, anda tidak boleh menolaknya,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tajuddin berkata, Bersatu secara sistematik berusaha untuk “mencuri” anggota Umno hingga ke peringkat akar umbi dalam usaha untuk mengecilkan parti itu.

Ini berlaku walaupun kedua-dua parti menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan persekutuan.

“Ahli Umno merasakan parti itu akan terkubur jika bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 berdasarkan perkembangan politik muktahir ini.

“Ini kerana ketika ini Umno tiada kedudukan dalam kerajaan sekali gus menyukarkan untuk membela nasib Melayu.

“Ahli Umno yang ‘dicuri’ dan ‘dibeli’ untuk Bersatu membolehkannya menubuhkan lebih banyak cawangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Wisma UOA hari ini.

Tajuddin, yang juga pengarah pilihan raya Umno, mendakwa sejumlah besar wang dibelanjakan oelh Bersatu untuk tujuan berkenaan.

“Kami mengesyaki mereka mahu menjadi (parti) lebih besar sehingga Umno akan diturunkan menjadi parti kecil.

“Walaupun dalam kerajaan sekarang, Umno hanya menjawat jawatan kecil,” katanya.

Tajuddin menambah bahawa Umno lebih senang bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya akan datang tetapi parti itu kini dilihat lebih mesra Bersatu.

Advertisement

Dia memberi gambaran umpama pasangan yang sudah berkahwin yang kini mencari pasangan baru.

“Kami berharap PAS akan setia kepada kami kerana kami telah setia kepada mereka di bawah Muafakat Nasional. Itu adalah janji PAS tetapi sekarang mereka goyah,” katanya.

Tajuddin turut menolak desakan beberapa pemimpin Umno bahawa parti itu tidak boleh bekerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Dengan mengambil contoh Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa yang merupakan penentang kepada kerjasama itu.

Umno bahagian Ketereh yang dipimpin Annuar menjadi antara dua daripada 191 bahagian Umno yang sedia mempertahankan kerjasama dengan Bersatu.

“Kenyataannya tiada penghujung… tetapi hanya sebilangan kecil orang,” katanya.

Ketika ditanya apakah ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan ahli parlimen Umno, Tajuddin mengatakan tidak akan memerlukan semua 39 ahli parlimen untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Katanya Belanjawan 2021 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya lulus dengan 111 undi berbanding 108.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata dia tidak dapat mengesahkan apakah BN akan menarik diri dari kerajaan Muhyiddin.

“Tetapi rasa tidak puas hati terhadap Bersatu yang memimpin kerajaan PN tidak dapat dinafikan,” katanya.

Perkara itu katanya, akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno.
[mk]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •