Konsert Di Malaysia Tahun 2019 | Malaysia News
April 13, 2021
Dewa19

konsert di Malaysia tahun 2019

Dewa19

Tahun baru 2019 semestinya mengundang keterujaan tersendiri bagi peminat muzik di Malaysia.

Rata-rata ahli muzik termasuk penyanyi telah mula menggerakkan promosi konsert mereka sejak awal Disember lalu.

Berikut ialah konsert yang dijadual berlangsung sepanjang tahun 2019.

Konsert Dewa 19 – Reunion Live in Malaysia

Ini konsert yang sememangnya jadi perhatian buat peminat kumpulan Dewa 19!

Konsert kali ini menampilkan kesemua ahli kumpulan asal Dewa 19 termasuklah Ahmad Dhani, Ari Lasso dan Once di satu pentas.

Konsert yang dibawakan oleh Nizra Production itu bakal berlangsung pada 2 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Selain Ahmad Dhani Dewa 19 turut membawa tiga lagi ahli kumpulan asal Dewa 19 iaitu, Andra (gitar), Yuke (bass), Agung (dram) dan Tyo Nugros (dram).

Konsert Jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour

Bakal memasuki dekad baru kehidupan, 11 Januari ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus relevan mengikut keperluan pasaran semasa.

Terbaharu, Siti akan ke empat destinasi cinta pilihannya bagi mengubat rindu peminat melalui konsert Jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour bermula Februari 2019.

Bersama Shiraz Project, beliau akan mengadakan persembahan di empat lokasi iaitu Istora Senayan, Jakarta (21 Februari), Singapura Expo (2 Mac) dan Axiata Arena, Kuala Lumpur (16 Mac).

Ini merupakan konsert terbaru Siti selepas lebih 50 konsert diadakan sejak 23 tahun menjadi anak seni.

Konsert ‘BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area)’ di Malaysia

Sedia untuk Hit you with that ddu-du ddu-du du

Advertisement
?

Kumpulan K-Pop sensasi BlackPink bakal membuat kemunculan julung kalinya  di Malaysia bagi konsert ‘Black Pink 2019 World Tour ( In Your Area )’.

Seperti biasa sambutan yang diberikan oleh peminat Malaysia kepada kumpulan tersebut sangat menggalakkan sehingga tiket sudah habis dijual.

Disebabkan penjualan tiket yang dilancarkan pada 12 Disember telah habis dijual dalam masa dua hari, pihak penganjur MacpiePro membuat keputusan untuk melanjutkan sehari lagi konsert BlackPink bertarikh 24 Februari depan.

Konsert Soul Sisters 2019

Bakal diadakan di Istana Budaya pada 5 dan 6 April 2019, Konsert Soul Sisters menampilkan tiga penyanyi dengan masing-masing memiliki kualiti vokal tersendiri.

Membawa konsep segar dan bertenaga, konsert ini amat mengujakan terutamanya bagi Noryn Aziz yang baru diangkat sebagai Juara Gegar Vaganza ke 5.

Selain itu, Misha Omar dan Siti Sarah juga bakal membawakan lagu hits mereka dengan pengalaman konsert berlainan daripada sebelumnya dijanjikan kepada peminat.

Selain itu, beberapa artis lain juga dijadual turut sama bakal memeriahkan pentas konsert di Malaysia pada 2019.

Konsert Ella Unplugged in KL juga bakal berlangsung cuma tarikhnya bakal diumumkan 28 Disember ini.

Malah, Konsert solo Datuk M. Nasir juga dijadual bakal berlangsung.

Keterujaan sama turut dikongsikan peminat BTS selepas Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan kehadiran kumpulan K-Pop popular, BTS yang juga dikenali sebagai Bangtan Boys bagi melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat.

Jadi konsert mana pilihan anda?

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •