Kuala Lumpur Fashion Week 2024 - Taman KLCC | Malaysia News
February 18, 2025

Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC

Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC

Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW 2024) bakal bakal berlangsung selama tujuh hari di Taman KLCC, pada hujung bulan ini bukan pentas ‘syok sendiri’, sebaliknya sebagai peluang perniagaan kepada penggiat seni kreatif menempa nama di dalam industri fesyen.

Justeru, KLFW 2024 yang diadakan pada 29 Julai sehingga 4 Ogos ini akan menampilkan rekaan busana daripada 50 pereka fesyen tempatan.

Acara berprestij meraikan ulang tahun ke-12 KLFW itu adalah platform terbaik kepada penggiat fesyen tempatan mengetengahkan seni rekaan mereka.

Pengasas KLFW, Andrew Tan, berkata tahun ini penganjurannya di lokasi ikonik iaitu KLCC yang menjadi destinasi pelancongan terutama pengunjung dari luar negara yang memberi banyak kelebihan.

Katanya, tahun lalu KLFW diadakan tujuh lokasi berbeza selama tujuh hari berbanding tahun, iaitu diadakan 10 tahun berturut-turut di Pavilion.

“Tapi kali ini, kita dirikan khemah yang panjang sepanjang Taman KLCC sebagai tarikan bukan sahaja ke KLFW 2024 tetapi juga ke KLCC.

“Saya amat gembira apabila KLCC berbesar hati bekerjasama menerusi acara yang menampilkan ramai pereka fesyen tempatan yang terkemuka,” katanya.

Setiap tahun jumlah pereka fesyen yang akan mengikuti acara berprestij itu meningkat dengan tahun ini lebih 50 pereka fesyen sudah bersetuju menyertainya.

Antaranya Rizman Ruzaini, Fizi Woo, Alia Bastaman, Fairuz Ramdan, Ruzzgahara, Nurita Harith dan Syomirizwa Gupta.

Selain itu, dengan adanya tajaan daripada syarikat pengeluar kereta dari Perancis, pihaknya turut dapat menampilkan segmen KLFW Designer Search 2024: Capturing Allure.

“Seramai 15 finalis iaitu pereka fesyen muda dan baharu akan berentap di KLFW bagi mendapatkan tiga tempat untuk memperagakan rekaan mereka pada KLFW 2025,” katanya.

Jadi platform serlahkan bakat muda

Beliau berharap, KLFW akan terus membantu memperkenalkan nama pereka fesyen muda dan baharu berbakat untuk terus diketengahkan.

Namun, yang penting pereka baharu tahu platform itu bukan bersifat ‘syok sendiri’ untuk membuat rekaan sekadar untuk peragaan.

“Ramai pereka fesyen sudah berjaya mencipta nama di pentas KLFW seperti Syomirizwa dan Alia dan saya amat berbangga dengan mereka ini.

“Tetapi saya sering mengingatkan pereka terutama pereka baharu supaya tampil rekaan menarik tetapi dan mampu menjadi pilihan pengunjung atau peminat buat keputusan untuk terus mendapatkannya sebaik melihat ia diperagakan.

“Ini kerana, KLFW bukan pentas ‘syok sendiri’ tetapi pada masa sama sebagai platform untuk menjalankan perniagaan,” katanya.

Justeru, beliau berharap ada pihak sudi membantu KLFW dalam usaha membantu mengembangkan bakat-bakat pereka fesyen tempatan di pentas antarabangsa.

Kini, sudah ada terlalu ramai pereka fesyen tempatan berbakat dan sudah layak berada di pentas antarabangsa untuk membawa nama Malaysia ke mata dunia. [BH]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply