Logo Google dikemas kini dengan warna cerun

Logo Google dikemas kini dengan warna cerun
GOOGLE mengemas kini rekaan logo mereka pada Isnin (12 Mei) dengan warna pelangi yang digunakan sejak 2015 telah berubah kepada pelangi dengan warna cerun.
Kemas kini disedari oleh laman 9to5Google selepas aplikasi dikemas kini.
Kini tiada lagi sempadan antara empat warna solid, dan ia diganti dengan warna cerun.
Kali terakhir logo dengan huruf ‘G’ diubah ialah pada tahun 2015 yang menggantikan reka taip Catull Serif dengan Product Sans.
Perubahan dilakukan secara senyap tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada Google.
Besar kemungkinan pengumuman akan dilakukan ketika acara Google I/O yang akan berlangsung di Mountain View pada 20-21 Mei depan.
[AstroA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



