Mahathir di IJN, jalani pemeriksaan lanjut

Mahathir di IJN, jalani pemeriksaan lanjut
Kuala Lumpur, MTN – Institut Jantung Negara (IJN) sedang menjalankan pemeriksaan lanjut mengenai keadaan kesihatan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu kenyataan ringkas, pusat perubatan itu berkata pemeriksaan lanjut akan selesai dalam masa beberapa hari dan bekas perdana menteri itu akan berada di IJN dalam tempoh yang sama
IJN dalam kenyataannya berkata tiada pelawat dibenarkan mengunjungi ahli politik berusia 96 tahun itu.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke wad kira-kira pukul 7 petang Khamis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.
Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 di mana setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.
Author Profile

Latest entries
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu
Seni & HiburanJuly 12, 2025Siti Nurhaliza bawakan Lagu ‘Rare’ di Konsert Violet Skies
Seni & HiburanJuly 11, 2025Keluang Man kini di Astro First
InternationalJuly 1, 2025RTS Link capai kemajuan fizikal 56 peratus




1 thought on “Mahathir di IJN, jalani pemeriksaan lanjut”